![]() |
| Tan Sri Zeti Akhtar Aziz |
Hanya
dengan membuat satu kenyataan, TS Zeti Aziz telah menukar arus ekonomi. Beliau
membuat kenyataan itu terhadap 1MDB pada 21 September. Pada masa itu, kadar
pertukaran matawang sekitar AS $ 1 MYR4.3, kadar pertukaran tertinggi dalam
tempoh 10 tahun dan ia semakin meningkat naik. Selepas seminggu, mata wang kita
mencecah MYR4.5 berbanding 1 USD. Tetapi magis berlaku dan tiba-tiba ia mula
jatuh serendah MYR 4.1 berbanding USD. Tidak, ia bukan sihir, namun berdasarkan
pengetahuan kewangan saya yang terhad, saya merasakan yang ia berkait-rapat
dengan kenyataan yang dibuat oleh TS Zeti Aziz.
Sebagai
seseorang yang bijak bestari dalam pasaran dunia, dia tahu bagaimana untuk
bermain pasaran. Kewangan adalah dunia yang pelik didorong dengan spekulasi dan
khabar angin sebagai asasnya, orang bermain permainan meneka (educated guess)
apa pasaran yang jatuh atau yang naik. Ia bukanlah sukar untuk meneka yang
sebuah negara, di mana ketua negaranya terperangkap dengan skandal wang rasuah
yang melibatkan berbilion-bilion dolar, akan jatuh.
Oleh
itu, kita perlu seorang wanita yang berkaliber tinggi seperti beliau untuk
mengeluarkan kenyataan menyerang keadaan semasa dan tidak berpakat dirinya
dengan penyamun-penyamun yang mencuri wang orang awam, tidak kira apa jua kedudukan
yang mereka pegang. Apabila dia mengeluarkan kenyataan, ia pasti akan
menghantar isyarat yang besar untuk semua pelabur agar tidak perlu bimbang
kerana ketua gabenor yang mengawal wang di Malaysia tidak terlibat dalam
skandal wang ini, lantas memulihkan keyakinan mereka. Tapi, kita mesti beringat
yang metode ini tidak akan dapat bertahan lama dalam memelihara mata wang kita.
Saya
bagaimanapun benar-benar terkejut dengan sikap segelintir macai. Hanya kerana
dia menentang idea lucu syarikat yang dibebani hutang yang dibiayai oleh wang
pembayar cukai, tidak bermakna bahawa dia sedang cuba untuk menggulingkan
kerajaan. Mari kita kenali dahulu siapa wanita unggul ini.
1. Beliau memainkan peranan yang penting dalam
menstabilkan kewangan negara kita lantaran Krisis Kewangan Asia 1997
2. Beliau adalah pemain utama dalam
kejayaan transformasi sistem kewangan Malaysia dalam pasaran dunia yang semakin
pesat membangun.
3. Beliau menduduki tempat ke 6
di kalangan gabenor DUNIA.
4. Beliau menerajui Industri Kewangan Islam yang
bernilai USD
1 Trillion dan menjadikan Malaysia sebagai hab
global untuk industri tersebut.
5. Beliau antara segelintir gabenor yang dicalonkan
untuk mengetuai IMF.
6. Beliau adalah wanita pertama
yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2007
7. Beliau juga merupakan wanita pertama di ASIA yang menjaringkan gred A dalam Central Banker
tahunan dan telah memegang gred yang sama sebelas tahun berturut-turut.
8. Beliau telah dinobatkan sebagai Bankers Pusat Dunia yang terbaik pada tahun 2010.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan